Latar Belakang

Latar Belakang Nazcon Healthcare (M) Sdn Bhd 
Nazcon Healthcare (M) Sdn. Bhd. telah mula memasarkan Sauna Di Rumah semenjak 2003..Kini terdapat wakil lebih 500 orang seluruh negara dan singapura..Anda boleh ke link Senarai Dealer untuk khidmat nasihat kebaikan sauna. Kami telah menghantar kakitangan kami ke luar negara untuk mempelajari teknikal sauna di rumah dan kami juga mempunyai spare part khusus untuk pelanggan-pelanggan kami.. NH semakin dikenali di Seluruh Malaysia sehingga di Brunei & Singapura kerana harga yang kami tawarkan adalah berpatutan, berkualiti dan rekabentuk sauna-sauna kami adalah "friendly user"..paling mudah digunakan..


Moto

 Moto NH ialah MENCEGAH LEBIH MURAH DARIPADA MERAWAT.


Objektif utama kami
  1. Menawarkan khidmat terbaik sauna di pasaran supaya lebih ramai mampu miliki dan meningkatkan kesihatan terutama yang ada masalah kesihatan dan mencapai hasrat kecantikan luaran & dalaman.
  2. Menawarkan peluang perniagaan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Kami telah menyediakan pelan pemasaran di mana modal yang rendah, keuntungan yang lumayan.

Pencapaian 
Kami begitu gembira kerana ramai pelanggan kami telah berjaya tingkatkan kesihatan dan berjaya menurunkan berat badan. Kami berharap lebih ramai lagi pelanggan baru kami menikmatinya.
Alatan Kesihatan Nazcon Healthcare Sdn. Bhd. telah diperakui seluruh dunia tentang kebaikan & kualitinya. Alatan Kesihatan & Kecantikan NH adalah antara yang terbaik dan menggunakan teknologi terkini dari Jepun.